Puan Rogayah Bt. Matt dilahirkan
pada 29 Januari 1956 di Kampung Guar Syed Alwi, Perlis. Mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar, nama sekarang ialah Sekolah
Kebangsaan Seri Perlis. Seawal usia kanak-kanak lagi Puan Rogayah banyak berdikari.
Beliau berjalan kaki ke sekolah sejauh 3km setiap hari. Segala kesusahan dan
kepayahan dilalui dengan sabar dan redha sehinggalah Pn. Rogayah menyambung
pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Menengah Syed Hassan, Kangar
sehingga tamat tingkatan 3. Pengajiannya tidak terhenti disitu, malah beliau
menyambung tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Dato` Syeikh Ahmad, Arau.
Minatnya pada bidang perguruan
sangat tinggi, sehinggalah hasrat dan cita-citanya dimaqbulkan Allah pada tahun
1976. Maka pintu Maktab Perempuan Melayu, Melaka terbuka luas untuk
beliau merealisasikan cita-cita dan hasratnya menjadi seorang ‘pendidik’.
Segala penat lelah, pengorbanan dan ketekunan sepanjang di maktab, akhirnya Pn.
Rogayah berjaya menamatkan pengajiannya dan bersedia untuk mula berkhidmat dan
menabur bakti pada anak bangsa.
Pada tahun 1978 Pn. Rogayah ditempatkan
(first posting) di Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang. Di sanalah tempat
pertama beliau mencurahkan keringat dan bakti. Juga tempat beliau membina
peribadi (imej) seorang ‘pendidik’ yang hakiki. Sepanjang 8 tahun di sana,
beliau disenangi oleh murid-murid, guru-guru dan warga sekolah seluruhnya. Banyak sumbangan yang dihulurkannya demi
memajukan anak bangsa.
Setelah setahun menjadi guru, Pn.
Rogayah bertemu jodoh dengan insan pilihan hatinya En. Hashim bin Nordin juga
merupakan seorang guru. Mahligai yang dibina atas dasar cinta dan tanggung
jawab ini, dianugerahkan Allah empat orang cahaya mata. Dua lelaki dan dua
perempuan. Anak-anaknya membesar dengan penuh kasih sayang, dididik dengan
disiplin ilmu yang tinggi, apatah lagi ibu dan ayah mereka merupakan pendidik
yang sejati.
Mesra dengan panggilan ‘kak
Gayah’. Kerjaya beliau tidak terhenti disitu, bak kata bijak pandai ‘Kita
merancang, Allah juga merancang namun rancangan Allah adalah sebaik-baik
perancangan’ rupa-rupanya jodoh beliau bukanlah berakhir di SK Sungai Berembang
sahaja. Khidmat baktinya terus ditagih anak bangsa di negeri Perlis ini.
Justeru pada tahun 1986 beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Chuping dan
berkhidmat dengan penuh dedikasi sehinggalah ke detik ini (27 Jan 2012).
Sepanjang 26 tahun di SK Chuping,
pastinya banyak jaringan memori yang terpahat. Kenangan yang dibina bersama
kehidupan ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam setiap orang yang
mengenalinya. Mendekatinya terasa dihargai, mudah didampingi, ceria bila diajak
berbicara, mustahil untuk bergosip atau merendah-rendahkan rakan sejawatnya.
Namun semua ‘seni dan hikmah’ itu bakal hilang sekelip mata apabila kita
terpaksa mengiakan pemergiannya dari arena perguruan dan pendidikan.
Semoga persaraan beliau
dilimpahkan kesihatan yang baik, kehidupan yang berkat, dan melalui hari-hari
yang ceria dan gembira bersama anak-anak dan cucu-cucu yang semakin membesar
dengan kasih sayang tok dan tokwan mereka. Aamin ya Robbal A`lamin.
Casino Tycoon: The Inside Story of Harrah's Reno - MJH Hub
ReplyDeleteHarrah's Reno's Hotel & Casino is the premiere casino in 울산광역 출장안마 the 김천 출장샵 Reno-Tahoe Valley. The casino 서귀포 출장안마 offers 경주 출장샵 over 3,000 slot 울산광역 출장샵 and video poker machines and over 3,500